Blog rasmi buku SAYA MAHU JADI PENULIS karya ke-6 RUZAIN SYUKUR B MANSOR

Wednesday, March 30, 2016

SAYA MAHU JADI PENULIS EDISI POS

Saya mahu Jadi Penulis sudah selamat diposkan kepada pembacanya. Saya tulis, terbit dan pos sendiri. Itu suatu pengalaman yang mengujakan. Itu tugas curier dan pengedar. Tetapi atas dasar ingin tahu saya buat semua proses itu supaya lebih menghargai dan merasai aspek pengedaran sesebuah buku.

Mahu beli buku ini? mahu Jadi penulis? Mahu tahu rahsia untuk jadi penulis? Jom beli buku ini. Saya akan poskan menemui saudara dan saudari sekalian. Hargtanya RM26 termasuk kos pos. Maybank ini sahaja ke akaun maybank 162441020567 (Ruzain Syukur Mansor) dan whatsapp bukti pembelian ke 0192103267 (Ruzain) serta nyatakan alamat penghantaran buku.

Mudah bukan? Mudah sekali. Selagi stok masih ada.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku SAYA MAHU JADI PENULIS

0192103267

SAYA MAHU JADI PENULIS

Buku Saya Mahu Jadi Penulis adalah karya ke-enam Ruzain Syukur b Mansor, dan kali pertama edisi terbit sendiri. Pengalaman 11 tahun sebagai penulis bebas kini dibukukan untuk tatapan ramai.

Ia merangkumi panduan tulis rencana dan artikel sehinggalah panduan menerbitkan buku. ia pengalaman sebenar jatuh bangun seorang penulis. Sesudah menulis, kini terbit sendiri buku. Ia panduan ringkas, praktikal dan sesuai untuk dibaca oleh semua orang.

 Bagi yang ingin dapatkan buku ini, harganya RM26.00 sahaja ternasuk kos pos. saya ulangi, RM26 sahaja senaskhah termasuk kos pos. Boleh sms atau whatsapp Ruzain 0192103267 untuk menempah buku ini sebelum saya tunjukkan panduan menunaikan impian anda menjadi seorang Penulis

RUZAIN SYUKUR MANSOR
PENULIS BUKU SAYA MAHU JADI PENULIS
0192103267

KENALI PENULIS SAYA MAHU JADI PENULIS



KENALI PENULIS BUKU  INI
RUZAIN SYUKUR B MANSOR
019-2103267
ruzainsyukur@gmail.com
FB/RUZAIN SYUKUR B MANSOR

Ruzain Syukur B Mansor diputerakan pada tahun 22 Jun 1980 di Kampung Telok Buloh Hutan Melintang Perak. Mendapat pendidikan awal di SK Telok Buloh dan pendidikan menengah di SMA Izzuddin Shah Ipoh Perak. Berkelana semenjak usia remaja cepat mematangkan diri.
Berkat doa ayah dan ibu, sempat saya hadiahkan segulung Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengajian Ilmu Wahyu, pengkhususan Fiqh & Usul al-Fiqh dan minor Sains Politik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak pada awal tahun 2003. Atas minat mendalam di bidang pendidikan, saya usaikan pengajian di peringkat Diploma Pendidikan j-QAF daripada Institut Perguruan Teknik Cheras.
 Dengan semangat ingin menabur bakti, tenaga dan minda dicurahkan buat anak-anak didik  di SK Sawah Sempadan Tanjung Karang dan SK Telok Menegon Klang. Atas tiket ingin mencuba pengalaman baru,  kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam bidang penulisan, Ruzain Syukur telah pun menghasilkan lima  buah buku bertajuk 1. Tip Urus Kelab Remaja Masjid (2010) terbitan JIM Media  2. Dakwah dan Teknologi Maklumat terbitan JAKIM (2011), 3.  Tampil Positif Sejak Remaja (2012), terbitan PTS Publication and Distributors 4. Jom Selfie Diri (2014) terbitan Ana Muslim dan e-book Bergambar Berunsur Islam bertajuk Si Jari Lima terbitan Perbadanan Kota Buku (2014). Saya turut berkesempatan untuk menganggotai team penulis Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Selangor dan Kementerian Pendidikan  Malaysia bagi bidang penulisan dakwah.
Beberapa untaian idea dan minda melalui artikel pernah disiarkan di beberapa majalah seperti Millenia Muslim, Cahaya dan Sinar Rohani JAKIM sejak 2006. Beberapa artikel lagi turut  tersiar di majalah al-Islam, Pendidik, dan e-Baca . Beberapa buah artikel turut pernah mendapat tempat di Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro. Pernah juga menjadi kolumnis Ruangan Aduhai Cikgu  (Tip Belajar) majalah Muslim Teen Blue T Communication. Menjadikan genre motivasi, cerita kanak-kanak, pendidikan dan dakwah sebagai wadah menyuarakan pandangan. Terbaharu, berkesempatan mengikuti Program Pengkarya Guru kendalian Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Pernah menerima ”Anugerah Khas Hari Guru Penghasilan Karya Kreatif” daripada Parlimen Tanjung Karang sempena  Sambutan Hari Guru 2009. Turut terlibat sebagai jurulatih dan perunding motivasi. Selain menulis buku, blog http://akademipenulisbebas.wordpress.com dijadikan medium mencurah rasa. Turut pernah dianugerahi Anugerah Inovasi Penulisan (2012), Anugerah Tinta Emas (2013) sempena Hari Inovasi Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2013) Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 2014 memenangi hadiah Utama Pertandingan Buku ITBM Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan berpeluang berkelana ke Kota Paris. Pada 2015 menerima hadiah saguhati Pertandingan Menulis Khutbah Negeri Selangor.
          Selagi nyawa dikandung badan, saya akan terus membangun minda ummah melalui penulisan. Tagline yang sangat kerap diulang-ulang..”Menulislah , kerana ia adalah legasi untuk anak dan cucu..”