KENALI PENULIS BUKU INI
RUZAIN SYUKUR B MANSOR
019-2103267
ruzainsyukur@gmail.com
FB/RUZAIN SYUKUR B MANSOR
Ruzain
Syukur B Mansor diputerakan pada tahun 22 Jun 1980 di Kampung Telok Buloh Hutan
Melintang Perak. Mendapat pendidikan awal di SK Telok Buloh dan pendidikan
menengah di SMA Izzuddin Shah Ipoh Perak. Berkelana semenjak usia remaja cepat
mematangkan diri.
Berkat
doa ayah dan ibu, sempat saya hadiahkan segulung Ijazah Sarjana Muda (kepujian)
Pengajian Ilmu Wahyu, pengkhususan Fiqh & Usul al-Fiqh dan minor Sains
Politik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak pada awal tahun
2003. Atas minat mendalam di bidang pendidikan, saya usaikan pengajian di
peringkat Diploma Pendidikan j-QAF daripada Institut Perguruan Teknik Cheras.
Dengan semangat ingin menabur bakti, tenaga
dan minda dicurahkan buat anak-anak didik
di SK Sawah Sempadan Tanjung Karang dan SK Telok Menegon Klang. Atas
tiket ingin mencuba pengalaman baru,
kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian
Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam
bidang penulisan, Ruzain Syukur telah pun menghasilkan lima buah buku bertajuk 1. Tip Urus Kelab Remaja
Masjid (2010) terbitan JIM Media 2. Dakwah
dan Teknologi Maklumat terbitan JAKIM (2011), 3. Tampil Positif Sejak Remaja (2012), terbitan
PTS Publication and Distributors 4. Jom Selfie Diri (2014) terbitan Ana Muslim
dan e-book Bergambar Berunsur Islam bertajuk Si Jari Lima terbitan Perbadanan
Kota Buku (2014). Saya turut berkesempatan untuk menganggotai team penulis
Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Selangor dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi bidang penulisan dakwah.
Beberapa untaian idea dan
minda melalui artikel pernah disiarkan di beberapa majalah seperti
Millenia Muslim, Cahaya dan Sinar Rohani JAKIM sejak 2006. Beberapa artikel
lagi turut tersiar di majalah al-Islam,
Pendidik, dan e-Baca . Beberapa buah artikel turut pernah mendapat tempat di
Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro. Pernah juga menjadi kolumnis
Ruangan Aduhai Cikgu (Tip Belajar)
majalah Muslim Teen Blue T Communication. Menjadikan genre motivasi, cerita
kanak-kanak, pendidikan dan dakwah sebagai wadah menyuarakan pandangan. Terbaharu,
berkesempatan mengikuti Program Pengkarya Guru kendalian Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia.
Pernah menerima ”Anugerah Khas Hari Guru Penghasilan Karya Kreatif”
daripada Parlimen Tanjung Karang sempena
Sambutan Hari Guru 2009. Turut terlibat sebagai jurulatih dan perunding
motivasi. Selain menulis buku, blog http://akademipenulisbebas.wordpress.com
dijadikan medium mencurah rasa. Turut pernah dianugerahi Anugerah Inovasi
Penulisan (2012), Anugerah Tinta Emas (2013) sempena Hari Inovasi Bahagian
Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (2013) Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 2014
memenangi hadiah Utama Pertandingan Buku ITBM Sempena Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur dan berpeluang berkelana ke Kota Paris. Pada 2015 menerima hadiah
saguhati Pertandingan Menulis Khutbah Negeri Selangor.
Selagi
nyawa dikandung badan, saya akan terus membangun minda ummah melalui penulisan.
Tagline yang sangat kerap diulang-ulang..”Menulislah , kerana ia adalah legasi
untuk anak dan cucu..”
No comments:
Post a Comment